Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Petani ditahan polis kerana memiliki senjata AK47

0


Polis menahan seorang petani kerana memiliki senjata AK47 yang digunakannya untuk menembak gajah menceroboh dan merosak kebunnya di Kampung Bahagia, Kuala Krai, lapor Harian Metro. 


Suspek ditahan selepas diserbu sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Operasi Khas (D8) dan Siasatan Khas (D9( pada jam 11.30 malam, Ahad, 13 Disember 2020. 


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, turut dirampas 142 butir peluru hidup iaitu 126 jenis Bore dan selebihnya 5.56 mm. 


Suspek berusia 50 tahun menjelaskan, dia memperolehi senjata itu dari rakannya kira-kira lima tahun lalu, selepas mengadu mengenai kehadiran gajah ke kebunnya seluas enam hektar miliknya. Haiwan itu katanya sering merosakkan tanamannya. 


Sepanjang lima tahun itu, suspek telah menembak dua ekor gajah dan kali terakhir menggunakan senjata itu pada dua tahun lalu selepas tiada lagi ancaman gajah liar. 


Polis turut menahan isteri suspek berusia 50 tahun dan usaha mengesan rakan yang memberikan senjata itu juga sedang giat dilakukan. 


Pasangan suami isteri itu direman sehingga 19 Disember untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara maksimum 14 hari dan sebat tidak kurang dari enam kali. 


Kes turut disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api dan peluru dengan menyalahi undang-undang, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram