Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Petani jumpa berlian bernilai RM327K ketika sedang gali tanah

0


Kehidupan seorang lelaki di India berubah setelah dia menemui batu berlian bernilai RM327,213 semasa mengusahakan tanah yang disewanya. 


Lakhan Yadav, 45, menemui berlian 14.98 karat itu ketika menggali tanah di tapak yang disewanya bulan lalu di Madhya Pradesh. 


Yadav pada awalnya menyangka batu tersebut sebagai batu kerikil. Tetapi setelah menggosok kotoran pada batu itu, dia melihat batuan itu bersinar dan berbeza dari batu lain.


Dia segera membawa batu itu ke pakar batu berlian di daerah tersebut dan pakar berkenaan mengesahkan batu tersebut adalah berlian yang bernilai lebih dari enam juta rupee. 


Petani itu kemudian menjual berlian tersebut. "Ini telah mengubah hidup saya," katanya memetik dari laporan Times of India. 


Yadav berkata, dia akan menyimpan sebahagian wang itu untuk kegunaan pendidikan anaknya yang lebih utama berbanding kehendaknya yang lain. 


Dia juga telah membeli sebuah motosikal dengan tanah seluas dua hektar serta dua ekor kerbau dengan wang yang diterima sebagai ganti rugi kerana pihak Taman Negara Panna telah mengambil alih tanah tempat tinggal keluarganya untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan spesis harimau.


"Saya membeli sebuah motosikal kerana dinasihatkan oleh anak saudara saya. Tetapi saya cukup sekadar menunggang basikal," katanya. 


Yadav berkata, dia tidak akan berhenti dan akan terus mencari berlian dan berharap akan menemui batuan itu lagi di tanah yang akan diusahakannya beberapa bulan lagi. 


Sumber: Times of India

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram