Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Plastic Face Shield tidak melindungi pemakai dari jangkitan Covid-19 - Kajian

0


Pemakaian Face Shield atau (plastik) pelindung muka tidak menjamin pemakainya dilindungi dari jangkitan Covid-19 sekiranya pembawa virus berbahaya itu berada berdekatan dan bersin tanpa menggunakan pelitup muka, menurut kajian. 


Para penyelidik menggunakan model komputer untuk menvisualiasikan penyebaran titisan di sekitar pelindung muka, yang dihembus dari individu yang berdiri dalam jarak tiga kaki atau satu meter. 


Hembusan yang dihasilkan dari bersin membawa zarah berjangkit ke pelindung muka dalam masa kurang dari satu saat dan melekat di tepi plastik. 


Para penyelidik berkata, jika jangka masa gelombang zarah virus berkenaan bertepatan dengan pernafasan si pemakai pelindung muka, orang itu boleh dijangkiti. 


Hasil penyelidikan yang sebelum ini juga mendapati pelindung muka sedemikian tidak begitu berkesan, menunjukkan orang yang dijangkiti dan memakainya masih boleh menyebarkan virus. 



Kebanyakan orang memilih memakai pelindung muka berbanding pelitup muka kerana ia kurang ketat dan kurang menyesakkan nafas. Selain itu, pelindung muka membolehkan mereka melihat mulut seseorang, membantu mereka membaca pergerakan bibir dan komunikasi bukan lisan dan bermanfaat kepada orang yang mengalami masalah pendengaran. 


Sepanjang pandemik Covid-19, pelindung muka menjadi pilihan ramai terutamanya golongan jurusolek dan pendandan rambut yang berdepan dengan ramai pelanggan. 


Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram