Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Remaja maut disambar petir ketika duduk di bawah pokok, kepalanya berasap ketika ditemui

0



Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Kupang, Nusa Tenggara Timur, maut selepas disambar petir ketika berada di bawah pokok, semasa menunggu adiknya dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, 5 Disember 2020. 


Menurut laporan media tempatan, mangsa, Deviola Tari bersama adiknya sebelum itu pergi ke sebuah warung pada jam 1 petang. Sebaik tiba di padang, mangsa menyuruh adiknya pergi berbelanja di warung tersebut, sementara dia duduk menunggu di bawah pokok. 


Tidak beberapa lama kemudian, setelah kembali dari warung itu adiknya mendapati kakaknya sudah berada dalam keadaan telungkup dan tidak bergerak. Panik melihat kejadian itu, adik mangsa terus berlari pulang ke rumah dan memberitahu ibu bapanya mengenai apa yang berlaku pada kakaknya. 


Mereka kemudian bergegas pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berada keadaan tidak sedarkan diri dan bahagian kepalanya mengeluarkan asap. 


Bapa saudara cuba memeriksa nadi di bahagian leher dan ketika itu badan mangsa masih hangat lalu dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 


Pasukan perubatan terpaksa menggunakan alat perangkat sengatan jantung atau Defibrillator sebanyak tiga kali pada badan mangsa yang kemudian memberikan respon. Namun mangsa mengalami batuk dan mengeluarkan darah dari mulutnya. 


Mangsa kemudian tidak sedarkan diri dan akhirnya pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 


Menurut doktor, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat disambar petir di bahagian kepala yang seterusnya mengenai otak dan jantung, berdasarkan penemuan kesan luka terbakar pada rambut dan kepala, serta luka di bahagian bahu kanan mayat mangsa. 


Turut ditemui di lokasi kejadian adalah bangkai seekor tokek yang sudah mati dipercayai akibat disambar petir. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram