Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Saya sendiri pun tak setuju dengan nama tu' - Beri nama stadium tanpa kelulusan, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan

0


Ahad lalu, Kerajaan Negeri Kedah dilaporkan mengarah nama Stadium Mini Ffira Mikah di Padang Terap ditukar kepada nama lain kerana timbulnya kontroversi yang mengaitkan nama itu dengan nama seorang Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor. 


Difahamkan, Kerajaan Negeri Kedah langsung tidak dimaklumkan mengenai pemberian nama tersebut dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini sudah dinasihatkan untuk memilih nama tokoh sejarah di daerah itu atau nama individu yang pernah berjasa yang dianggap sesuai bagi menggantikan nama tersebut. 


Terdahulu nama stadium mini tu menjadi kontroversi susulan ada yang mendakwa nama yang diberikan itu adalah nama Hakim Ariff yang digunakan secara terbalik. 


Stadium mini tersebut dimiliki oleh Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) yagn dirasmikan oleh Hakim Ariff pada 7 Disember 2020 selepas dinaik taraf. Hakim Ariff dalam satu kenyataan menjelaskan, nama itu tiada kaitan dengannya dan hanya kebetulan menyerupai namanya. 


"Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran. Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, 'Ffira' bermaksud sesuatu yang hebat, manakala 'Mikah' dalam bahasa Arab sempena nama malaikat," katanya. 


Hakim Ariff juga menjelaskan, dia bukan mahu mengejar glamor tetapi mahu Padang Terap nampak bersih, cantik dan ceria. Beliau kesal ada pihak yang tidak tahu cerita sebenar membuat andaian sebegitu. 


Sementara itu, Kerajaan Negeri Kedah menyerahkan kepada Setiausaha Negeri (SUK) untuk mengambil tindakan terhadap Hakim Ariff kerana menamakan stadium mini itu tanpa kelulusan. 


Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, "Sepatutnya PBT berkenaan mengangkat nama itu untuk dibincangkan pada mesyuarat Exco terlebih dahulu. Itu prosedur kita biasa lakukan untuk menamakan apa saja nama jalan, taman perumahan atau stadium di negeri ini. 


"Saya sendiri tidak bersetuju dengan nama itu, jadi saya serahkan kepada SUK untuk diambil tindakan sewajarnya kepada pegawai daerah terbabit sesuai dengan urusan pentadbiran," katanya.


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram