Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Saya sudah tawar hati dengannya' - Nadia Brian mohon Muizz lafazkan cerai

0


Pelakon Nadia Brian mengaku dirinya sudah tawar hati terhadap suaminya, Muizz Nasruddin, dan berharap lelaki itu dapat melafazkan talak ketika kedua-duanya hadir ke mahkamah nanti. 


"Saya sudah tawar hati dengannya. Banyak juga karenah Muizz yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya. Saya harap di mahkamah nanti, Muizz akan terus melafazkan cerai. 


"Saya harap semua ini dapat diselesaikan cepat supaya masing-masing boleh teruskan kehidupan. Tak nak simpan perasaan dendam yang tak habis," katanya. 


Ditanya mengenai dakwaan curang, Nadia menegaskan dia tidak pernah berbuat demikian sepanjang tempoh perkahwinan mereka.


"Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang, saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz," katanya. 


Terdahulu, Muizz dalam kenyataan mendakwa dia melihat isterinya bersama lelaki lain di bilik di sebuah hotel di Cyberjaya dan disebabkan hal itu dia mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian kerana tidak mahu dianggap sebagai lelaki dayus jika tidak berbuat demikian. 


BACA: 'SAYA NAMPAK ISTERI SAYA BERSAMA SEORANG LELAKI DI BILIK HOTEL DI CYBERJAYA' - MUIZZ


"Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya. 


"Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus," katanya. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram