Slider

(Video) 'Apsal kau lambat?!' - Polis acu pistol pada member sebab lewat 5 minit


Seorang anggota polis di Brazil mengacukan pistol pada rakan setugasnya hanya kerana dia terlambat minit pulang dari makan tengah hari, lapor Daily Mail.


Kejadian itu dirakam oleh orang awam yang terkejut melihat tindakan anggota terbabit yang ketika itu sedang bertugas di tempat awam di pusat bandar Sao Paulo pada Jumaat, 4 Disember 2020. 


Menurut laporan media tempatan, Felipe do Nascimento bengang dengan rakan setugasnya, Marcio Simao lambat lima minit. Felipe kemudian mengejek Marcio dengan mengacu pistolnya ke muka membuatkan orang awam menjerit. 


Marcio kemudian cuba merampas senjata api itu dari tangan Felipe, malangnya usaha Marcio itu menemui kegagalan. Beberapa pegawai berdekatan yang menyaksikan kejadian itu datang campur tangan dan menahan Felipe.



Polis tentera dalam satu kenyataan mengumumkan, Felipe dan Marcio digantung tugas susulan dari kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. Pihaknya memandang serius akan kejadian tersebut. 


"Sikap anggota terbabit secara langsung telah melanggar nilai-nilai asas institusi terutama disiplin, hierarki, profesionalisme, kehormatan dan martabat manusia," katanya. - Agensi

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo