Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Desperate nak famous!' - Remaja lempar kucing oyen diburu sampai padam akaun media sosial

0


Persatuan Haiwan Malaysia menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai seorang remaja lelaki yang melempar kucing yang dijadikan sebagai 'content' bagi video Tik Tok, tampil menghubungi pihaknya untuk membantu siasatan. 


Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan remaja terbabit terlebih dahulu mengusap kucing yang dianggarkan berusia satu tahun dan secara tiba-tiba melemparkan ke belakang menyebabkan kucing itu tercampak ke dalam paya.


Perbuatannya itu mengundang kecaman netizen yang meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap remaja itu yang jelas sekali menzalimi binatang semata-mata untuk menerbitkan video di akaun Tik Toknya. 


Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di Sarawak dan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu semalam beserta dengan akaun media sosial termasuk nombor telefon remaja itu. 


"Saya cuba menghubungi nombor itu, tetapi gagal. Manakala akaun Instagram remaja berkenaan juga sudah dinyahaktifkan dipercayai selepas diserang oleh netizen. 


"Ber-TikTok sambil melempar kucing adalah perbuatan orang yang tidak berakal. Budak lelaki ini menganggap ianya adalah hiburan tanpa sedar dia sedang melakukan jenayah kezaliman. Apatah lagi boleh mendatangkan kecederaan, ketakutan (trauma) dan menyebabkan kematian. 


"Budaya bertiktok dengan menjadikan haiwan sebagai bahan untuk meraih followers perlu ditegah di peringkat awal. Mana-mana kenalan budak lelaki ini boleh salurkan maklumat terperinci mengenai dia ke talian WhatsApp 011-20901097. 


"Dia perlu ditangkap supaya menjadi pengajaran kepada semua pengguna Tik Tok di luar sana untuk tidak mengikuti perbuatan budak lelaki ini yang menjadikan kucing sebagai medium untuk meraih followers. Tolong cari budak ini," katanya. 



Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia, Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram