Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) Kantoi bawa handphone, cikgu paksa 3 murid hempas handphone ke lantai sampai pecah

0


Para pelajar sekolah di China dipaksa menghempas telefon bimbit mereka ke lantai dengan sekuat hati selepas didapati membawa alat peranti itu ke sekolah, lapor Daily Mail. 


Video viral di media sosial menunjukkan, tiga pelajar berkenaan diarahkan oleh guru mereka untuk menghempas telefon bimbit masing-masing ke lantai mengikut giliran beberapa kali sehingga alat peranti itu hancur. 



Kejadian itu hanya diketahui umum selepas seorang individu yang tidak diketahui identitinya memuat naik video tersebut di media sosial China yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah di bandar Mengzi, selatan barat China, wilayah Yunnan. 


Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka sedang menyiasat kejadian itu dan difahamkan sekolah terbabit mengenakan larangan terhadap pelajarnya dari membawa telefon bimbit ke dalam kelas, agar fokus dalam sesi pembelajaran.


"Kami baru menonton klip video viral itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. 


Insiden itu mengundang perdebatan netizen di media sosial. Ada netizen bersetuju dengan cara guru sekolah itu, sementara yang lain pula mendakwa perbuatan itu melanggar hak asasi pelajar. 


"Saya rasa tindakan guru itu tidak salah. Kalau anak saya langgar peraturan dan bawa handphone ke sekolah, saya pun sokong tindakan guru yang paksa dia hempas handphone tu ke lantai."


"Kalau pelajar langgar peraturan sekali pun, rampas handphone diorang dan kembalikan kepada ibu bapanya. Ini dah nampak sangat guru ni sengaja nak rosakkan harta benda orang dengan cara yang memang tak kena," kata netizen lain berhaluan kiri. 



Bulan lalu, sebuah sekolah di China mencetuskan kontroversi apabila memaksa beberapa pelajarnya untuk membuang telefon bimbit ke dalam baldi berisi air sebagai hukuman. 


Pengetua sekolah menegaskan, pelajar yang terbabit dengan sukarela berbuat demikian dan hukuman itu mendapat sokongan daripada ibu bapa pelajar terbabit. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram