Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) Nia Ramadhani ketakutan apabila bapa mertua minta kopi, tak tahu berapa sukatan gula

0


Nia Ramadhani antara selebriti yang kerap menarik perhatian netizen. Bukan kerana paras rupa mahukan kelangsingan badannya sahaja, tetapi dengan kelakuan-kelakuannya yang membuatkan netizen tampil 'membawang'. 


Dalam tahun 2020 ini sahaja, Nia pernah mengemparkan netizen apabila dia dikatakan tidak pandai memecahkan dan memasak telur dan kali pertama dia berbuat demikian, mendapat pujian dari suaminya, Ardie, yang begitu bangga dengan pencapaian terbaru isterinya itu. 


Diikuti pula pendedahan bahawa selama dia hidup, inilah baru pertama kali dia diberitahu sayur-sayuran perlu diletak dalam peti sejuk agar tidak cepat layu. 


"Memang sayur-sayuran masuk peti ais ya? Saya tak tahu, bukan dibiarkan begitu sahaja?" soal Nia. "Ini untuk sayur, layu kalau dibiarkan begitu sahaja," jawab pembantu rumahnya. 


Selain itu, Nia memaklumkan dia selalu bangun lewat pagi namun tidak pernah dimarahi oleh mertuanya kerana dia sememangnya mempunyai masalah untuk bangun pagi sejak dari dulu lagi walaupun sudah mendirikan rumah tangga. 


Dan baru-baru ini Nia sekali lagi membuatkan netizen heboh kerana tidak tahu berapa sukatan gula yang bersesuaian untuk membuat air kopi, membuatkan dia takut apabila bapa mertuanya, Aburizal Bakrie meminta air minuman itu darinya. 


Melalui channel YouTube Ayu Dewi, Nia menceritakan bapa mertuanya pernah meminta dia untuk membuat air kopi. Tetapi Nia tidak tahu berapa banyak gula yang harus dimasukkan agar air kopi itu tidak terasa pahit ketika diminum. 


Disebabkan tak tahu dan takut tersalah bancuh, Nia pun membawa bekas gula itu terus ke hadapan mertuanya. 


"Masa tu buat air teh tahu, tapi buat air kopi tak tahu berapa jumlah gulanya. Terus saya bawa bekas gula dan letak di hadapan mertua," kata Nia. 


Bukan hanya itu, Nia juga diminta mengacau air kopi itu di depan mertuanya membuatkan dia berasa takut kerana bimbang caranya salah. - Agensi


3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram