Slider

(Video) Orang awam kutip duit rompakan yang ditabur oleh 30 perompak bank


Sekumpulan perompak bank di selatan Brazil meletupkan bom dan melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian rompakan yang telah mencederakan dua mangsa. 


Ketika insiden berbalas tembakan di antara kedua-dua pihak sedang berlaku, wang tunai bertaburan di jalan raya menyebabkan orang awam yang ternampak kejadian itu segera mengutip wang tunai tersebut. 


"Kejadian rompakan berlaku pada tengah malam Isnin, 30 November 2020 di Bandar Criciuma dan berakhir dalam tempoh dua jam," kata sumber polis. 


Difahamkan, dua individu mengalami kecederaan dan salah seorangnya adalah anggota polis. Gambar-gambar kejadian itu juga viral di media sosial nmenunjukkan suspek bersenjata melepaskan tembakan di jalanan sebelum melarikan diri dengan kereta. 


Sebelum itu, perompak sempat menaburkan wang seperti yang sering ditunjukkan dalam filem, menyebabkan orang awam berebut mengutip wang hasil rompakan itu yang berselerak di jalan raya. 



"Setakat ini, empat orang awam telah ditahan kerana mengutip wang kertas yang bertaburan di jalan raya akibat letupan tersebut," kata jurucakap polis. 


Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 30 individu terbabit dalam kejadian rompakan itu. - Agensi

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo