Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Budak perempuan maut, usus pecah ditendang nenek saudara

0


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut selepas ususnya pecah akibat ditendang dan disepak oleh nenek saudaranya pada 30 Disember 2020. 


Ketua Polis Daereah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa tinggal bersama suspek warga Indonesia berusia 55 tahun itu sejak 2017. 


Pada hari kejadian, mangsa ditemui oleh ibu saudaranya dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka di Kampung Sungai Chinchin, jam 7 malam, lalu segera menghubungi ambulans. 


Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati, mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. 


Laporan bedah siasat mengatakan, usus mangsa pecah yang menjadi punca kematiannya dan pihak hospital percaya mangsa telah didera. Selain itu, turut ditemui kesan parut lama pada tubuh mangsa seperti kesan dicucuh dengan ubat nyamuk yang dibakar.


Sebelum itu, keluarga mangsa mendakwa kanak-kanak itu mengalami sakit perut dan muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu. Mereka juga enggan mayat mangsa dibedah siasat. 


"Hasil siasatan lanjut tidak menolak kemungkinan suspek mendera mangsa yang tidak mampu berjalan dan berdiri kerana sering membuang air besar tanpa sedar. 


"Mangsa juga mempunyai rekod penyakit lebihan cecair dalam otak selain pernah menjalani pembedahan namun mampu bertutur dengan baik. 


"Bapa mangsa yang tinggal bersama dipercayai tidak menyedari kejadian menimpa anaknya kerana bekerja sebagai pemandu lori dan sering tiada di rumah," katanya.


Kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh kerana kematian mangsa mempunyai unsur-unsur jenayah. 


Ekoran itu, polis menahan reman enam suspek masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia dari 22 hingga 55 tahun untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram