Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Influencer mati ditembak suami sebanyak 14 kali kerana salah satu videonya di TikTok

0


Seorang influencer yang gemar berkongsi gambar-gambar seksi dirinya di media sosial, meninggal dunia akibat ditembak suaminya sebanyak 14 kali, setelah bertengkar mengenai salah satu postnya. 


Eliane Ferreira Siolin, 35, dibunuh oleh suaminya, Alejandro Antonio Aguilera Cantallupi, yang kemudian menembak dirinya sendiri, dalam kejadian yang berlaku di depan anak perempuan mereka berusia 6 tahun pada 24 Januari 2021. 


Mayat Eliane dan suaminya berusia 41 tahun itu ditemui di bahagian belakang rumah di Ponta Pora, Brazil. 


Mayat Eliane ditemui dengan kesan 14 tembakan dan tangan kanannya juga patah, manakala mayat Antonio ditemui dengan satu kesan tembakan di kepala. 


Polis telah merampas pistol dan sejumlah peluru yang ditemui berhampiran mayat.


Menurut laporan, anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia enam tahun menjadi saksi kejadian dan dia telah diambil oleh saudara maranya. 


Media juga melaporkan pasangan itu bertengkar mengenai salah satu video yang dimuat naik oleh Eliane di laman Tik Tok. 


Pegawai Polis, Analu Ferraz berkata, "Dari keterangan saksi yang juga rakan rapat mangsa memaklumkan pasangan itu kerap bergaduh walaupun ketika berada di tempat awam". 


Akaun Tik Tok Eliane mempunyai seramai 58,000 pengikut. Eliane kerap menggunakan platform itu untuk memuat naik video pendek dirinya selain menayangkan pakaian hariannya. 


Kes masih dalam siasatan polis. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram