Slider

Masukkan botol budu dalam dubur rakan di Penjara Pengkalan Chepa, banduan didakwa di mahkamah


Seorang banduan yang memasukkan botol budu ke dalam dubur banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa pada Disember 2020, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.


Namun, tertuduh, Mohd Nor Ashmadian Satar, 35, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. 


Berdasarkan pertuduhan, Mohd Nor Ashmadian memasukkan botol plastik ke dalam dubur mangsa tanpa kerelaan untuk melakukan perhubungan seksual.


Tertuduh melakukan perbuatan itu di dalam sebuah bilik di penjara berkenaan pada jam 5 petang, 30 Disember 2020 dan didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. 


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman dan tertuduh tidak diwakili peguam. 


Mahkamah tidak memberi sebarang jaminan kerana tertuduh sedang menjalani hukuman penjara. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo