Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Mengaku terima rasuah RM3,000, 2 anggota polis dipenjara 10 hari, denda RM5,000

0


Dua anggota polis dihukum penjara 10 hari dan denda sebanyak RM5,000 masing-masing oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menerima suapan daripada seorang lelaki warga Thailand pada Disember 2019.


Hakim Rozilah Salleh turut mengarahkan hukuman penjara selama dua bulan dikenakan kepada L/Kpl Shaiful Rizal Osman, 36, dan Konstabel Muhammad Zuhair Mazlan, 28, daripada bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh sekiranya gagal membayar denda berkenaan.


Ketika menjatuhkan hukuman itu, Rozilah berkata sebagai anggota polis, kedua-dua tertuduh mempunyai akal untuk berfikir sama ada arahan daripada pihak atasan tersebut menyalahi undang-undang atau tidak.


“Kamu tidak boleh mengikut arahan secara membuta tuli, arahan yang baik bolehlah diikut, yang tidak baik tidak perlu, kamu patut melaporkan jika ada seseorang yang meminta rasuah, bukan menyertai mereka sekali, saya harap dengan hukuman ini kamu akan menjadi insaf,” katanya.


Mengikut pertuduhan pilihan, Shaiful Rizal dan Muhammad Zuhair didakwa bersama-sama pada 24 Dis 2019 antara 3.40 pagi dan 4 pagi sebagai penjawat awam, iaitu seorang anggota polis telah menerima wang tunai bernilai RM3,000 dengan tanpa balasan daripada Nordin Chebueraheng yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasmi sebagai pegawai polis di Bahagian Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sungai Buloh Balai Kampung Baru Subang.


Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sungai Buloh Balai Kampung Baru Subang dan dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Amirul Jamaluddin dan Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana mereka hanya mengikut arahan pihak atasan.


Muhammad Amirul berkata anak guamnya tidak pernah terlibat dalam perbincangan meminta suapan daripada Nordin sebaliknya hanya diarahkan oleh pegawai atasannya untuk mengambil dan menyimpan wang berkenaan.


“Sebagai pegawai bawahan, anak guam saya hanya mengikut arahan kerana takut dimarahi dan dikenakan tindakan oleh pegawai atasan mereka dan hukuman denda dan bon berkelakuan baik adalah wajar dikenakan terhadap anak guam saya,” katanya.


Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas kedua-dua tertuduh kerana kes melibatkan kepentingan awam dan sebagai contoh kepada penjawat awam lain untuk menjauhi perbuatan rasuah.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram