Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Nak bagi ayam percuma pun, gunalah otak' - kata netizen, polis kompaun Pemuda UMNO Putrajaya

0


Pihak polis sudah mengeluarkan kompaun kepada penganjur program pengedaran ayam beku percuma secara pandu lalu kerana menganjurkan program itu tanpa kelulusan pihak berkuasa.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun dikeluarkan kepada pihak penganjur di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2020.


Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat awal berkenaan program yang diadakan semalam dan mengeluarkan surat memaklumkan pihak penganjur bahawa program tersebut tidak mendapat kelulusan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya memandangkan Putrajaya berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.


"Program pengedaran ayam beku percuma itu dibuat secara pandu lalu dengan konsep 'siapa cepat dia dapat' dan telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kehadiran ramai orang di lokasi program," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata hasil pemeriksaan pihak polis mendapati penjarakan fizikal sukar dilaksanakan dalam kalangan hadirin serta Prosedur Operasi Standard (SOP) gagal dipatuhi oleh pihak penganjur dan orang awam yang hadir.





Katanya pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam menguatkuasakan undang-undang sepanjang tempoh PKP.


Tular di media sosial semalam gambar kesesakan di kawasan Presint 9 apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan ayam beku percuma yang dianjurkan oleh Pemuda Umno Putrajaya.


REAKSI NETIZEN

 


Sumber: Bernama, Facebook Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram