Slider

'Nasib baik tak jadi beli...' - Kereta Ferrari hangus terbakar di lebuhraya BKE


Pemandu kereta Ferrari 430, berusia 30-an sempat menyelamatkan diri dari terbakar bersama keretanya itu dalam kejadian di susur keluar Permatang Pauh, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE). 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang Rabu, 27 Januari 2021, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. 


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.08 petang mengenai insiden itu lalu mengerahkan sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Prai ke lokasi untuk memadamkan kebakaran. 


Sebaik saja tiba di lokasi, kereta mewah yang terbakar itu telahpun dipadamkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Puyu. 




80 peratus bahagian kereta mewah itu musnah terbakar. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo