Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Penduduk usung mayat petani ke bank, tuntut manager keluarkan duit simpanannya bagi tujuan upacara pembakaran mayat

0


Mayat seorang buruh tani di India dibawa ke bank oleh jirannya untuk menuntut wang upacara pembakaran mayat, menurut polis. 


Mahesh Yadav, 55, meninggal dunia pada awal pagi Selasa lalu di sebuah kampung di bahagian timur Bihar disebabkan sakit untuk tempoh yang lama. Beberapa jam kemudian, mayat mangsa ditemui oleh jiran. 


Penduduk kampung menggeledah rumah mangsa untuk mendapatkan barang berharga untuk membiayai kos pengebumiannya, tetapi gagal menemui benda berharga. Mereka turut terjumpa buku simpanan banknya yang menunjukkan dia hanya mempunyai wang $1,600 (RM6,452) dalam akaun. 


Tengah hari itu, mereka membawa buku tersebut bersama dengan mayat Yadav ke bank dan enggan meningalkan bank tersebut sehingga pengurusnya membenarkan wang simpanan Yadav dikeluarkan. 


Pegawai Polis tempatan, Amrendar Kumar berkata, "Penduduk kampung mendesak bank menyerahkan duit itu dari akaunnya untuk tujuan upacara pembakaran mayat atau mereka akan membiarkan mayat itu begitu sahaja.


"Pihak bank yang tertekan kemudian membenarkan wang simpanan Yadav dikeluarkan selepas campur tangan dari pihak polis. 


Pengurus cawangan Bank Canara, Sanjeev Kumar berkata, insiden luar biasa itu menimbulkan keadaan panik dan itu kali pertama dia berdepan dengan kes seperti itu. 


"Selepas lebih dari sejam, saya beri mereka duit $135 (RM544) dan akhirnya mereka beredar untuk menguruskan mayat Yadav," katanya. 


Menurut jiran, Shakuntala Devi berkata, Yadav tidak mempunyai sebarang harta dan tidak menerima sebarang bantuan dari kerajaan. 


"Tiada yang menjaga kebajikannya walaupun sudah berbulan-bulan dia sakit. Kami biasanya memberi dia makanan yang dimasak dan lain-lain," katanya. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram