Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Pergelangan tangan kanak-kanak putus digigit cicak komodo

0


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa gigitan seekor cicak komodo pada Sabtu, 16 Januari 2021 di Desa Komodo, Daerah Komodo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. 


Pergelangan tangan kiri mangsa digigit haiwan reptilia itu sehingga putus dan tidak dapat diselamatkan. 


Difahamkan sebelum itu, mangsa sedang bermain dengan seutas tali yang hujungnya diikat pada botol plastik, tidak jauh dari ibunya dan ketika itu, bapanya tiada di rumah. 


Tiba-tiba cicak komodo yang berada di rumah menggigit botol tersebut dan menariknya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh. Di kesempatan itu, haiwan itu terus menyerang mangsa dan menggigit pergelangan tangannya sehingga terputus. 


Tidak cukup dengan itu, sebahagian wajah mangsa juga digigit. Haiwan itu sempat dipukul oleh penduduk kampung sebelum melarikan diri dengan membawa sebahagian tangan mangsa yang terputus. 


Balai Taman Nasional Komodo (BTNK) mengambil maklum mengenai kejadian itu dan telah melakukan siasatan. Pegawai BTNK telah bertemu dengan penduduk kampung bagi mengetahui kronologi kejadian. BTNK juga akan memberi bantuan dan menanggung kos perubatan mangsa. 


Menurut BTNK, cicak komodo yang menyerang mangsa telah ditangkap dan dihantar ke sebuah pulau. BTNK turut menasihatkan para penduduk untuk membuat pagar di kediaman masing-masing bagi mengelakkan kejadian serumpama itu berulang. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram