Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Polis rampas dadah, sita 13 kenderaan bernilai RM800,000 di Pasir Mas

0


Polis menahan lima individu termasuk dua wanita dan merampas sepucuk pistol, pelbagai jenis dadah serta menyita 13 kenderaan yang kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM800,000 dalam tiga serbuan berasingan di Pasir Mas pada Sabtu dan Ahad lepas.


Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata lima individu berumur 22 hingga 32 tahun itu dipercayai daripada satu rangkaian pengedaran dadah di negeri ini.


Beliau berkata kegiatan kumpulan itu dikesan selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menahan seorang suspek berumur 22 tahun selepas menyerbu sebuah rumah di Gual Nering, Pasir Mas pada 11 malam Sabtu lepas.


Shafien berkata dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis syabu dan pil Erimin 5 yang dianggarkan bernilai RM6,560.


"Susulan daripada itu, polis kemudiannya menyerbu sebuah lagi rumah di kampung yang sama (Gual Nering) kira-kira dua jam selepas itu dan berjaya menahan dua lelaki berumur 24 dan 32 tahun.


“Pemeriksaan lanjut dilakukan di dalam rumah terbabit menemukan pelbagai jenis dadah termasuk pil kuda, Erimin 5, cecair kodein dan heroin. Polis juga menjumpai sepucuk pistol jenis Revolver bersama tiga butir peluru yang disembunyikan di dalam kereta jenis Nissan," katanya pada sidang media di IPK Kelantan di sini, hari ini.


Beliau berkata nilai semasa kesemua dadah yang dirampas dianggarkan sebanyak RM114,150.


Menurutnya, dalam serbuan di rumah itu juga sebanyak lapan kenderaan turut disita termasuk kereta BMW, Volvo, Honda, Nissan Navara dan motosikal Ducati ‘Streetfighter’ dan Kawasaki Z1000 yang dianggarkan bernilai RM419,153.


Shafien berkata rentetan serbuan kedua itu, polis kemudiannya telah membuat satu lagi serbuan susulan ke sebuah rumah di Gual Periok, Pasir Mas pada pukul 10.30 pagi, Ahad lepas.


Katanya, dalam serbuan itu dua wanita yang kedua-duanya berumur 25 tahun telah ditahan dan polis merampas dadah jenis Erimin 5 dan pil ekstasi bernilai RM14,700 yang ditemukan di atas lantai rumah itu.


"Dalam serbuan itu, polis turut menyita lima buah kenderaan termasuk kereta jenis Audi dan Toyota dengan anggaran nilai RM218,000," katanya.


Menurutnya, kesemua lima suspek dalam tiga serbuan itu ditahan reman selama tujuh hari mulai 3 hingga 10 Januari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram