Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Remaja dipenjara 6 bulan, denda RM26,000 kerana cabul teman wanita disewa

0


Seorang penuntut universiti di Taiwan menerima akibat yang tidak dijangka selepas menyentuh teman wanita yang disewanya mengikut jam. 


Pada Julai 2019, remaja yang dikenali sebagai Chen, membayar T$7,200 (RM1,042) untuk menyewa 'teman wanita' selama tiga jam dari syarikat 'Love Acting-Extra'. 


Syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Namun, Chen didapati telah melanggar terma dan syarat, serta terpaksa berdepan dengan akibat dari perbuatannya itu. 


Perkhidmatan seperti itu bukanlah sesuatu yang baru dan ada beberapa buah negara seperti China dan Jepun sudah lama menawarkan perkhidmatan sedemikian. 


Ini termasuk menawarkan perkhidmatan untuk ibu tunggal menyewa bapa bagi anaknya selama bertahun-tahun. Begitu juga dengan syarikat Love Acting Extra yang membenarkan pelanggannya menyewa pelakon berbayar untuk melakonkan watak-watak tertentu dari kekasih, ibu atau bapa, dan paling tidak pun sebagai teman untuk berbual.


Dalam kes Chen, remaja berkenaan terdahulu telah menandatangani kontrak yang dipersetujui sebelum menggunakan perkhidmatan syarikat itu yang menjelaskan pelanggan tidak dibenarkan memegang tangan teman wanita yang disewa, membelai rambutnya dan termasuk memeluknya serta ada tempat-tempat tertentu yang terbatas. Dia juga tidak diizinkan untuk mencium atau menyentuh teman wanitanya dengan cara yang dianggap tidak sesuai. 


Pada 2 Ogos 2019, Chen dan teman wanita yang disewanya itu bertemu di Stesen Utama Taipei untuk temujanji selama tiga jam. Semuanya berjalan dengan lancar dan mereka makan di restoran makanan segera sebelum berjalan-jalan di Taman Hutan Da'an. 


Sehingga satu ketika, Chen memberitahu gadis itu, "Saya akan menculik awak" dan menyebut kata-kata yang tidak sesuai sebelum menyentuhnya. 


Menurut gadis itu, Chen menyentuh pahanya, belakang badan meskipun tahu semua perbuatan itu adalah dilarang seperti yang terkandung dalam kontrak. Mangsa bimbang Chen akan mengapa-apakannya, tetapi tiada orang di sekitar yang boleh dipanggil untuk membantunya membuatkan dia tiada pilihan lain dan bertahan. 


Mujur selepas tamat tempoh tiga jam, Chen yang akur dengan kontrak akhirnya melepaskan mangsa. Gadis itu kemudian pergi ke balai polis untuk membuat laporan.


Bertindak di atas laporan itu, Chen ditangkap dan mengaku bersalah, malah menulis surat permohonan maaf kepada mangsa. Malangnya sudah terlambat dan permohonan maaf itu tidak dapat menyelamatkannya dari dijatuhkan hukuman penjara. 


Hakim mendapati Chen bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda T$180,000 (RM26,037). 


Meskipun kes itu berlaku pada tahun 2019, tetapi mahkamah baru-baru ini dilaporkan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Chen dan menetapkan hukuman yang telah dijatuhkan terdahulu adalah kekal.


Sumber: Oddity Central

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram