Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Tak hairanlah jangkitan cepat merebak' - Warga emas kantoi pakai gelang pink, cuba tutup guna kain putih

0


Helah seorang lelaki warga emas untuk menutup gelang pink (kuarantin) di tangan kanan dengan kain putih gagal selepas disedari oleh pengawal keselamatan. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang Selasa, 12 Januari 2021, di Kompleks Muhibbah Kampung Pandan itu, pengawal keselamatan sebelum itu curiga dengan warga emas terbabit yang membalut pergelangan tangan kanannya dengan kain putih. 


Lelaki itu kemudian ditahan dan pemeriksaan mendapati, warga emas berkenaan memakai gelang kuarantin. 


Susulan dari insiden itu, para peniaga atau pengunjung Kompleks Muhibbah pada petang semalam adalah disarankan untuk pergi menjalani ujian saringan Covid-19 sekiranya mengalami gejala seperti demam, pening, selesema, batuk di hospital dengan kadar segera.


Umum tahu bahawa, gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif Covid-19.


Individu yang memakai gelang tersebut adalah dilarang tegas keluar dari rumah sehingga tempoh kuarantin tamat. Gelang itu hanya boleh dipotong oleh pihak PKD selepas tempoh kuarantin tamat. 


Orang awam dinasihatkan untuk memaklumkan kepada polis sekiranya ternampak individu yang memakai gelang kuarantin berada di kawasan umum. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram