Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 2 kanak-kanak dipaksa makan daging anjing liar oleh ibunya untuk meneruskan kehidupan

0


Dua kanak-kanak kelaparan dipercayai dipaksa makan daging anjing liar untuk meneruskan kehidupan, telah diselamatkan dari kediaman mereka yang dipenuhi dengan lipas di Ukraine. 


Masha, 4, dan sepupu lelakinya berusia 2 tahun ditemui di rumah dipenuhi dengan sampah sebelum dibawa keluar oleh anggota polis yang menyerbu kediaman itu di bandar Kharkiv, timur laut Ukraine. 


Ibunya, Lilia Granenko, 30, dikatakan telah menangkap dan membunuh anjing liar di kawasan kediaman. Daging haiwan itu kemudian diberi kepada dua kanak-kanak berkenaan yang kelaparan. 


Mereka hidup dalam keadaan yang kotor, dikelilingi dengan najis mereka sendiri setelah tandas di rumah tidak berfungsi, selain dipenuhi dengan tikus dan lipas di merata tempat. Bekalan air juga sudah terputus sejak sekian lama kerana bil bulanan tidak dibayar.


Dua kanak-kanak itu dipercayai tidak pernah keluar dari rumah dan tinggal bersama nenek mereka yang tidak didedahkan namanya. 





Wanita itu dilaporkan menyimpan segala benda yang diambil dari tong sampah dan dikumpul selama bertahun-tahun menyebabkan kediaman mereka dipenuhi dengan tikus dan lipas. 


"Lipas berada di merata tempat, bau busuk rumah mereka menimbulkan rasa kurang senang," kata salah seorang jirannya. 






Granenko ditahan setelah polis menerima panggilan dari jiran yang kemudian terus menyerbu kediaman keluarga itu. Granenko kini berdepan dengan hukuman penjara lima tahun jika disabit bersalah atas kesalahan mengabaikan dua kanak-kanak itu. 


Dua kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada penduduk yang sudi menjaga mereka. 


Difahamkan, aktivis hak haiwan terdahulu mendapat maklumat yang menyatakan Granenko menangkap anjing liar dan daging haiwan itu diberi kepada anaknya untuk dimakan. 


"Anjing-anjing itu dibunuh dan dimasak serta dimakan oleh keluarga itu," kata aktivis hak haiwan, Yevgeny Zub. 


Sebanyak empat ekor anjing liar ditemui dikurung di salah sebuah bilik di kediaman Granenko, yang dipercayai hanya menunggu masa untuk dijadikan sebagai santapan. 



Sementara itu, jurucakap penguatkuasa undang-undang, Oleksandr Salo berkata, Granenko mempunyai lima anak dari lelaki yang berbeza. Granenko hilang hak penjagaan terhadap anak-anaknya di mana dua dijaga oleh bekas suami, manakala dua lagi ditempatkan di rumah anak yatim seperti yang diputuskan oleh mahkamah. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram