Slider

(Video) 'Allahuakbar anak oii! Nasib baik kereta tu sempat brek!' - Budak berbasikal di tengah jalan nyaris dilanggar


Tindakan pantas pengguna jalan raya berjaya mengelak dari melanggar seorang kanak-kanak berusia lingkungan 6 tahun yang sedang berbasikal di tengah jalan. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Jalan Changkat Jering, Pantai Remis, Perak pada jam 4.27 petang, 2 Januari 2021 dan video rakaman dashcam itu juga viral di media sosial. 


Berdasarkan video berdurasi 27 saat tersebut, kanak-kanak lelaki itu berbasikal di tepi jalan sebelum masuk ke tengah jalan menyebabkan saksi terpaksa menekan brek kecemasan dan masuk ke laluan bertentangan. 


Penunggang motosikal yang turut ternampak kejadian itu segera memberhentikan motosikalnya dan terus mengambil kanak-kanak itu ke bahu jalan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 


Netizen di media sosial juga meluahkan rasa bimbang melihat kejadian itu dan menggesa ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak leka dan sentiasa mengawasi keberadaan anak. 


"Jalan ini paling bahaya. Jalan Changkat Jering, Pantai Remis ini, memang kenderaan laju-laju belaka. Jalan utama yang digunakan treler, lori ikan dan sebagainya. Bahayalah kalau budak-budak terlepas macam ni," kata netizen. 


"Syukur tidak terjadi apa-apa pada anak itu. Ibu bapanya selepas ini mungkin kena lebih peka terhadap keberadaan anak. Insiden ini menunjukkan betapa pentingnya mengawasi anak-anak kecil yang sedang bermain," tambah netizen lagi. 



Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo