Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) Minyak tertumpah, penunggang motor libas kepala staff dengan helmet

0

Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal memukul pekerja stesen minyak di Taman Sri Cempedak, Kuala Klawang pada 19 Disember 2020. 


Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, suspek yang dikenali sebagai Muhamad Hidir Malik, 39, dari Kampung Petasih Hulu itu dipercayai telah melarikan diri selepas mangsa membuat laporan polis. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 4.30 petang. Suspek datang untuk mengisi minyak di stesen itu. Namun juruwang pada ketika itu tiada di kaunter dan mangsa meminta suspek menunggu sebentar kerana hanya juruwang sahaja yang boleh mengaktifkan pam sebelum minyak diisi. 


Sebaik saja minyak boleh diisi, mangsa membantu suspek mengisi minyak. Tetapi berlaku sedikit kecuaian menyebabkan minyak tertumpah membuatkan suspek marah dan lalu membaling duit isian minyak kepada mangsa. 


Mangsa mengeluh dengan perbuatan suspek, lalu mengutip wang tersebut sebelum beredar dari pam itu. Secara tiba-tiba suspek datang dan memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar, malah turut memaki hamun mangsa. 


Ekoran dari kejadian itu, mangsa mengalami bengkak di bahagian dagunya dan mukanya turut ditampar oleh suspek. 


Siasatan awal polis mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan juga dikehendaki polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 


Justeru, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhammad Amirul Farhan Azilan di talian 017-3494241.



Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/Polis

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram