Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Saya rasa pemarut kelapa tak perasan' - Ahmad Maslan kata rakyat Malaysia tidak berpelajaran tinggi tak faham mengapa PRU15 perlu segera diadakan

0


Setiausaha Agung UMNO yang baru dilantik, Ahmad Maslan mendakwa rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi tidak akan memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU). 


Selain itu beliau berkata, hanya mereka yang mempunyai PhD sahaja akan memahami sepenuhnya mengapa Malaysia perlu mengadakan PRU-15 secepat mungkin. 


Ahmad Maslan berkata demikian ketika dalam majlis yang disebut sebagai 'Wacana Ilmu', yang dihoskan oleh UMNO Tanjung Malim dengan kerjasama UMNO Perak kelmarin. 


Dalam ucapan awalnya Ahmad Maslan merujuk kepada satu klip video yang dibuat oleh media tempatan yang menemuramah seorang rakyat Malaysia bekerja sebagai pemarut kelapa mengenai pandangannya berhubung keperluan mengadakan PRU-15. 


"Tadi saya dipertontonkan video Awani. Kalau tak Awani, TV3. Dia interview seorang pemarut kelapa. Budak muda, saya tak tahu dia dah mendaftar mengundi atau tidak. 


"Tapi dia kata, kita tak boleh (buat) PRU ni sebab Covid-19."


Dalam pada itu, Ahmad Maslan juga mengatakan bahawa, kira-kira 30 buah negara telah mengadakan Pilihan Raya Umum semasa pandemik Covid-19 sebagai contoh, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura dan New Zealand. 


Bekas menteri itu juga mengatakan Malaysia sendiri juga telah berjaya mengadakan pilihan raya semasa wabak tersebut yang merujuk kepada pilihan raya kecil di Chini, Slim dan Pilihan Raya Negeri Sabah. 


Menurutnya, PRN Sabah hanya menjadi punca peningkatan kes Covid-19 di Malaysia kerana tiada pemeriksaan yang tepat dari Semporna pergi ke pulau lain melalui bot. Semporna pada waktu itu adalah zon merah.


Ahmad Maslan kemudian memberi alasan mengapa PRU-15 perlu diadakan kerana kerajaan Malaysia pada hari ini adalah kerajaan yang paling lemah di dunia. 


"Kita perlu PRU kerana, kerajaan ini adalah kerajaan yang mempunyai majoriti paling tipis dalam dunia. Kerusi Parlimen di Malaysia ini 222. Separuh daripada 222 itu, 111.


"Kalau nak jadi kerajaan Malaysia ini, 111 campur satu. Kerajaan Malaysia ini adalah kerajaan 111 campur satu saja! Perasan ke tidak?"


Setelah itu, Ahmad Maslan kemudian merujuk semula kepada video yang disebutnya pada awal tadi dan berkata,


"Saya rasa pemarut kelapa tadi itu, dia tak perasan. Yang diinterview sebagai suara akar umbi, pemarut kelapa tadi.. saya tak tahu dia sekolah ke, mungkin harap sekolah tinggilah.


"Tapi kalau sekolah tinggi, UIA, PhD ni, saya rasa tentu dia boleh mengulas dengan lebih tepat." 



Sumber: Facebook UMNO Online, World of Buzz

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram