Slider

Wanita ditikam teman lelaki kerana tak puas hati minta putus


Seorang wanita cedera diserang oleh teman lelakinya ketika mangsa sedang membuka kedai bersama rakan sekerja, dalam kejadian yang berlaku di Desa Kebumen, Daerah Sukorejo, Jawa Tengah, Indonesia. 


Suspek dilaporkan menyerang mangsa dengan menggunakan senjata tajam yang menyebabkan mangsa mengalami luka tikaman di badan. 


Berdasarkan sumber, suspek berbuat demikian kerana tidak puas hati mangsa yang mahu memutuskan perhubungan mereka. Suspek dan mangsa menjalani hubungan sejak mereka bekerja di tempat sama sebelum ini. 


Ketika mangsa bersama dengan rakannya sedang membuka kedai, tiba-tiba suspek datang dan pasangan itu berbincang di sebuah gudang bersebelahan dengan tempat kerjanya sehingga berlaku pertengkaran. 


Enggan memanjangkan lagi hal itu, mangsa terus beredar tetapi diekori oleh suspek. Di dalam kedai, suspek menikam mangsa menggunakan pisau beberapa kali sebelum melarikan diri. 


Sehingga kini, polis masih giat memburu suspek yang dipercayai memandu kereta jenis Toyota Avanza. Sementara itu, mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Agensi

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo