Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Wanita mengaku tak bersalah bunuh 2 kucing yang berak di depan rumahnya

0


Wanita yang memukul dua ekor kucing termasuk seekor kucing betina yang sedang bunting sehingga mati kerana berang dengan dua haiwan itu membuang najis di depan rumahnya tahun lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth. 


Tertuduh, Hah Choy Kheng, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus. 


Mengikut pertuduhan, Choy Kheng didakwa memukul seekor kucing betina dan seekor anak kucing dengan sebatang besi sepanjang 75 sentimeter sehingga menyebabkan dua haiwan itu mati. 


Choy Kheng didakwa melakukan kesalahan itu di bawah pokok di kawasan padang permainan Blok B1, Pintas Kalui, Seberang Jaya pada jam 1.20 petang, 29 Disember 2020. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih dari RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. 


Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh diwakili peguam Shamsher Singh THind. 


Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Mac 2021. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram