Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

2 suspek menyamar sebagai staff kurier sebelum samun wanita & sorok bayinya berusia 3 bulan dalam tong sampah

0


Dua lelaki yang menyamun rantai emas bernilai RM1,200 daripada seorang wanita bertindak menyorokkan bayi lelaki mangsa yang berusia tiga bulan di dalam sebuah tong dengan mulut disumbat dan ditampal pelekat apabila mereka gagal mendapat jumlah wang yang diminta.


Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Van Praagh, Jelutong di George Town pada Isnin lalu, dua lelaki datang ke rumah mangsa mendakwa kononnya mereka dari syarikat kurier yang mahu menghantar barang.


Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika suri rumah berusia 30 tahun itu berada di rumah bersama bayi lelaki dan anak perempuan berusia tiga tahun.


Suaminya - seorang pengurus tapak projek - telah keluar ke tempat kerja di Batu Kawan.


“Kedua-dua suspek memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier yang membuat penghantaran barang iaitu sebuah kotak besar.


"Sebaik mangsa membuka pintu rumahnya, seorang daripada suspek mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke arah mangsa serta meminta mangsa tidak menjerit,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut Soffian suspek mengambil rantai emas mangsa sebelum meminta wang sebanyak RM50,000, namun mangsa berkata dia tidak mempunyai wang sebanyak itu.


Soffian berkata suspek yang berang kemudian bertindak mengambil bayi mangsa dan menyembunyikannya di dalam sebuah tong di rumah berkenaan manakala anak perempuan mangsa tidak diapa-apakan.


Kedua-dua lelaki itu kemudian beredar meninggalkan rumah tersebut sementara wanita berkenaan bertindak mencari bayinya sebelum menemukan ia di dalam tong dalam keadaan mulut disumbat tuala kecil serta ditampal pelekat.


Soffian berkata polis sedang mengesan kedua-dua suspek dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat di talian 04-2825922 sambungan 228.


Sehubungan itu juga Soffian menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila didatangi individu mendakwa pekerja kurier bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram