Slider

'Aku penat la cair, buat cookies pun comel' - Ramai gadis tertawan dengan gambar Da'i Syed pakai apron buat kukis


Baru saja dimuat naik tiga gambar dirinya membuat biskut di dapur, tetapi ruangan komen pantas dipenuhi dengan komen-komen followers terutamanya gadis-gadis yang tidak putus-putus memuji kecomelannya. 


Itulah dia penangan 'kekacakan' Da'i Syed pada followersnya yang sentiasa menunggu bekas peserta program Da'i itu memuat naik gambar terkininya di Instagram.


Terdahulu, Da'i Syed pernah dilanda kontroversi yang melibatkan beberapa wanita mendakwa mereka telah diserang secara seksual. Da'i Syed bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dakwaan itu.


Perkembangan terkini melaporkan, kes tersebut masih tertangguh dan menunggu masa untuk dibicarakan pada 19 Mac 2021.


Walaupun begitu, kes berkenaan tidak menghalang para peminatnya untuk terus mengikutinya di media sosial dan sentiasa memberi sokongan padu kepada lelaki itu. 



Berdasarkan kapsyen gambar, Da'i Syed dipercayai akan mengeluarkan produk biskutnya tidak lama lagi, Asyedap, biskut coklat berperisa salted caramel yang dibuat dengan penuh kasih sayang. 


none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo