Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Bermula dengan ketawa, berakhir dengan letak jawatan' - Persenda level B.I Guru Sains Didik TV, penyampai Hitz FM Sarawak letak jawatan

0


Tindakan biadab penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri, 29, yang memtertawa dan mempersendakan cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita (Sains, Tahun 2) di DidikTV mengundang padah apabila dia dikecam teruk oleh netizen. 


Berdasarkan video yang viral di media sosial itu, Yusuf dilihat mentertawakan guru wanita berkenaan bagaikan tiada hari esok sehingga menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak yang mendesak Hitz FM memecat lelaki terbabit.


Menyedari dirinya dikecam, Yusuf tampil memohon maaf kepada guru berkenaan secara peribadi dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatannya itu. 


Jumaat lalu, Pengurus Besar Astro Radio East Malaysia, Hafiz Nizamuddin memaklumkan Yusuf telah digantung tugas serta-merta dan memandang serius kejadian itu. 


Hari ini, pengurusan Hitz FM melalui akaun Twitter rasminya mengesahkan Yusuf tidak lagi bersama dengan mereka kerana telah meletak jawatan berkuat kuasa Ahad lalu. 


"Hasil siasatan dalamam berhubung kontroversi membabitkan salah seorang penyampai Hitz FM, kami menerima peletakan jawatan (DJ Yusuf) berkuat kuasa pada 22 Februari 2021," kata kenyataan itu. 


Sementara itu, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah rakyat Malaysia yang mempersendakan invidu lain hanya kerana gagal bertutur dalam bahasa inggeris dan seolah-olah ia satu 'dosa besar'. 


"Ketawa terbahak-bahak kerana kesilapan dan ketidakupayaan individu menuturkan bahasa Inggeris dengan baik semata-mata untuk mengaibkannya satu negara, untuk apa buat begitu? Dapat apa gelakkan orang lain?


"Kalau orang lain salah berbahasa Inggeris begitu cepat celik hati, kalau ada rakyat Malaysia yang silap ketika bertutur bahasa Melayu terus buta hati.


“Individu seperti ini bolehlah kita samakan dengan peribahasa ‘gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak’.


"...rata-rata orang Melayu gagal menyebut perkataan Khamis, khianat dengan betul. Sebutan 'kh' ada geseran dan bukannya disebut sebagai Kamis atau khianat.


"Kecuali ustaz, kebanyakan rakyat biasa yang gagal menyebut dua perkataan ini dengan betul termasuk pemimpin negara. Ketidakupayaan kecil kita ini patut rasa malu.


"Kegagalan kita ini (menyebut dengan baik) bermakna kita tidak ada jati diri dan tidak mempunyai taat setia pada negara kerana bahasa Melayu terkandung dalam Perlembagaan," tegasnya.  


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Malaysia Gazette

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram