Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dia kata 'what the f**k, sh*t!' direct into my face!' - Guru terkilan calon SPM tidur & biadab

0


Viral di media sosial seorang guru wanita meluahkan rasa terkilannya dengan sikap biadab seorang calon SPM 2020/2021 semasa mengawasi peperiksaan subjek Bahasa Inggeris. 


Menurut guru berkenaan, pelajar lelaki itu langsung tidak menjawab kertas peperiksaan yang diberikan, malah tidur ketika sesi sedang berlangsung. Lebih teruk lagi, pelajar itu melemparkan kata-kata kesat terhadapnya apabila tidak dibenarkan keluar pada 10 minit terakhir. 


"10.30 sampai 12.45 tengah hari tadi, semua arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 10 minit terakhir, calon tidak boleh keluar. 


"So ada satu calon ini, saya tak sebut pusat mana, saya tak nak cakap dia bangsa apa, tapi dia lelaki, dia tertidur dan dia tak jawab pun soalan English paper two. Saya dah banyak kali ketuk meja dia with manner, saya bukan ketuk dengan kuat, tak ada. Saya ketuk, excuse me, bangun dan jawab soalan. In the proper way saya boleh jadi. 


"Pukul 12.40, lagi lima minit nak habis paper ini, dia terjaga. Dia ambil semua pen dan pensil, dia bangun tak cakap apa-apa dan dia tunjuk pintu je nak keluar. So apa yang saya cakap, minta maaf memang tak boleh keluar sekarang, 10 minit terakhir tak boleh keluar. 


"So apa dia reply? Untuk hari ini dah dua jam lebih saya berdiri, dengan makannya pun tidak, just imagine kita dah penat. Apa yang dia reply kepada saya, "What the f**k sh*t?!" direct into my face!  


"Adam, Adam kat mana? You baru calon SPM tau? You belum lagi lepas, you belum lagi lulus. We did everything for you. Pengawas SPM did everything for you. We even tak makan pun, jaga SPM, berdiri lama-lama. Tak sempat (makan), kita datang awal ke pusat. 


"Thank you, direct into my face. Dua jam lebih saya berdiri tolong awak. Pensil awak jatuh, saya minta awak duduk dan saya yang angkatkan. Apa yang you buat? Direct into my face. 


"So tak apa, thank you so much, saya takkan lupa hari ini. Thank you. I harap you boleh survive kat luar sana," katanya. 


Dalam perkembangan terkini, guru itu memaklumkan pihak sekolah berkenaan telah memohon maaf kepadanya berhubung insiden yang tidak diingini itu. Video luahan terkilannya itu juga telah dipadamkan bagi menghormati pemohonan maaf dari pihak sekolah berkenaan. 


Bagaimanapun di ruangan komen, netizen berpendapat bahawa pelajar yang biadab itu sepatutnya tampil membuat permohonan maaf, bukannya pihak sekolah. 


Tidak kurang juga yang bersimpati dengan apa yang dilalui guru berkenaan dan memintanya untuk terus bertabah dan tidak berputus asa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram