Slider

'Dicekik sebelum kepala dibenam dalam baldi' - Bunuh isteri sebab tak nak belikan kasut kerja baharu


Seorang lelaki nekad membunuh isterinya dengan cara mencekik mangsa sehingga tidak bernyawa. Tidak cukup dengan itu, dia membenamkan kepala isterinya ke dalam baldi yang berisi air bagi memastikan mangsa benar-benar sudah tidak bernyawa.


Berdasarkan sumber, kejadian itu berlaku di Batam, Indonesia pada Selasa, 2 Februari 2021. 


Penduduk di kawasan itu baru mengetahui kejadian itu setelah menyedari kehadiran polis di lokasi kejadian. 


Difahamkan, suspek baru sahaja diambil bekerja sebagai penyelia projek dan meminta isteri membelikan kasut kerja baharu untuknya. 


Namun, si isteri menolak permintaan itu dengan alasan wang untuk perbelanjaan harian tidak mencukupi. Selain itu, kasut lama suaminya masih elok dan boleh dipakai.


Berang permintaan tidak dipenuhi, suspek terus mengambil wang yang diletakkan di dalam almari. 


Mangsa yang mengetahui perbuatan suspek, terus merebut semula wang itu dari tangan suaminya dan berlaku pertengkaran di antara mereka.


Suspek yang gagal mengawal emosi, mencekik mangsa sehingga tidak bernyawa. Bagi memastikan mangsa benar-benar tidak bernyawa, suspek memasukkan kepala mangsa ke dalam baldi berisi air. 


Setelah itu, suspek menyerah dirinya ke balai polis kerana bimbang dibelasah oleh penduduk. - Agensi

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo