Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lelaki jual minyak kanabis untuk tujuan perubatan, terlepas hukuman gantung sampai mati

0


Seorang lelaki yang menjual minyak kanabis bagi tujuan perubatan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Persekutuan, hari ini membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan atas dua pertuduhan mengedar dadah.


Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim menggantikan pertuduhan mengedar kepada pemilikan terhadap Muhammad Lukman Mohamad, 31, mengikut Seksyen 9 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Mahkamah mendapati Muhammad Lukman bersalah kerana memiliki dadah dan dihukum penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.


Bagaimanapun, hukuman itu berjalan serentak dan Muhammad Lukman hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun mulai tarikh tangkapan pada 7 Disember 2015.


Panel hakim itu turut disertai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.


Seksyen 9 ADB memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan/atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pada Ogos 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Muhammad Lukman bersalah atas tiga pertuduhan mengedar 3,010 mililiter delta 9 tetrahydrocannabinol (ekstrak kanabis), 1,422 gram (g) delta 9 tetrahydrocannabinol dan 279.81g kanabis.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Mahkota, Banting, Selangor pada 7 Disember 2015.


Pada 27 November 2019, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap Muhammad Lukman terhadap dua pertuduhan pertama, tetapi meminda tuduhan ketiga kepada pemilikan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan 10 kali sebatan.


Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata, anak guamnya akan dibebaskan daripada penjara selepas hukuman sebatan selesai.


"Muhammad Lukman selesai menjalani tempoh penjara tujuh tahun dengan peringanan hukuman 1/3," katanya.


Terdahulu, Hisyam berhujah kedua-dua pertuduhan dihadapi Muhammad Lukman tidak dapat bertahan kerana pendakwaan gagal membuktikan berat dan isi padu dadah seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan kerana ahli kimia tidak menjalankan analisis kuantitatif dadah berkenaan.


Beliau berhujah, barang bukti tidak dibentangkan di Mahkamah Tinggi dengan betul kerana ia dilakukan tanpa kehadiran hakim perbicaraan.


Katanya, anak guamnya tidak sepatutnya didakwa mengikut ADB kerana beliau hanya menjual bahan berkenaan bagi tujuan perubatan.


Timbalan Pendakwa Raya Samihah Razali berhujah, ahli kimia tidak melakukan analisis kuantitatif kerana ia tidak perlu berbuat demikian.


Kes Muhammad Lukman mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berpandangan kes tersebut wajar dikaji semula kerana memiliki minyak kanabis untuk tujuan perubatan.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram