Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Hoi! You lari apa hoi! Saya rakam aa woi!' - Pemandu Myvi pandu laju rempuh van ditahan polis

0


Lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi melebihi had kelajuan sehingga menyebabkan kemalangan yang membabitkan dua kenderaan lain di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara jam 2 petang semalam, telah ditahan. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, pemandu Myvi berusia 26 tahun itu telah ditahan, manakala pemandu van mengalami kecederaan parah dan kritikal serta ditempatkan di zon merah Hospital Serdang. 


Suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) Serdang untuk tindakan susulan.


"Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. 



Video kejadian dari dashcam beberapa kenderaan saksi turut viral di media sosial. Berdasarkan video tersebut, jelas menunjukkan suspek memandu melebihi had laju sehingga merempuh van berkenaan. 


Suspek cuba melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu. Namun berpatah balik ke arah keretanya dipercayai untuk mengambil sesuatu. Suspek cuba melarikan diri untuk kali kedua tetapi dihalang oleh orang awam. 


Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing suspek juga adalah negatif. Pun begitu, polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap suspek. 


Suspek akan direman dan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 






Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram