Slider

2 Mat Pet mengaku guna duit i-Sinar untuk beli bekalan 'taik'


Seramai 71 penagih dadah ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah dalam serbuan Ops Perdana di Krubong yang dilakukan selama empat hari bermula 20 Mac 2021. 


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, dua daripada 7 penagih yang ditahan pada jam 5 petang Rabu, 24 Mac 2021, dalam keadaan khayal mengaku menggunakan duit i-Sinar yang dikeluarkan pada Januari lalu untuk membeli bekalan dadah. 


"Hasil soal siasat, dua daripada tujuh individu yang berjaya dicekup hari ini mengakui telah menggunakan sebahagian daripada duit I-Sinar dikeluarkan untuk membeli dadah. 


"Selebihnya mereka mendakwa telah digunakan untuk keperluan ahli keluarga dna membeli motosikal. 


"Kita tidak menolak kemungkinan sebenarnya ramai lagi yang ditahan sebelum ini telah menggunakan wang i-Sinar untuk membeli dadah kerana jumlah penagih dicekup meningkat sejak awal tahun ini," katanya. 


Hasil ujian saringan air kencing terhadap dua suspek turut mengesahkan mereka positif dadah jenis opiat.


Kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. 


Sumber: Kosmo

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo