Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Bawak pengantin baru pusing Langkawi' - Tweet viral cetus persoalan netizen, dah boleh rentas negeri?

0


Belum reda isu pelanggaran SOP dan tiada penjarakan fizikal ketika menganjurkan majlis pernikahan, pasangan selebriti yang baru mendirikan rumahtangga, Neelofa dan Haris Ismail, sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial setelah viral gambar yang mendakwa mereka berbulan madu di Langkawi. 


Beberapa keping gambar yang menunjukkan pasangan itu berada di sebuah lapangan terbang, dipercayai di Langkawi, Kedah. 


Memetik laporan Kosmo Online pada Isnin, 29 Mac 2021, sumber portal itu mendakwa mereka berbulan madu di pulau peranginan tersebut. 


Netizen mula meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing dan mempersoalkan, bagaimana pasangan itu dibenarkan merentas negeri untuk berbulan madu. 



Walaupun begitu, ada yang berpendapat berkemungkinan pasangan itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri. Kerajaan sebelum ini membenarkan aktiviti pelancongan domestik tetapi hanya dengan menggunakan khidmat syarikat agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), berkuatkuasa 10 Mac 2021. 


Pasangan selebriti itu sebelum ini menganjurkan majlis pernikahan pada Sabtu, 27 Mac 2021. Beberapa gambar di sekitar majlis menunjukkan ada yang tidak mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal. 


Polis turut mengambil maklum mengenai viral tersebut dan akan memanggil pasangan berkenaan untuk memberi keterangan.


Sumber: Kosmo Online

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram