Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Bayi maut, kepala digigit anjing peliharaan kerana berada terlalu dekat dengan mangkuk makanannya

0


Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut diserang anjing selepas berada terlalu dekat dengan mangkuk makanannya. 


A'myrikal Hull dilaporkan digigit di bahagian kepala oleh anjing terbabit dalam kejadian yang berlaku di Illinois, Amerika Syarikat. 


Mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala pada Khamis, 18 Mac 2021, sebelum disahkan meninggal dunia. 


Keluarga mangsa berkata, A'myrikal mungkin berada terlalu dekat mangkuk makanan anjing peliharaan mereka. Nenek saudara mangsa, Cory Painter memaklumkan anjing itu tidak pernah menggigit orang sebelum ini dan sudah empat tahun tinggal bersama dengan mereka.


"Kehilangan dia membuatkan jiwa saya terasa hancur. A'myrikal adalah bayi yang sangat ceria. Dia memiliki mata yang indah dan senyuman amat membahagiakan," katanya yang juga menjelaskan hubungan mangsa dengan anjing itu sebelum ini sangat baik. 


Difahamkan usia A'myrikal baru genap setahun minggu lalu. Tragedi itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam buat keluarga mangsa. 


Anjing itu kini berada di bawah perlindungan Sangamon County Animal Control dan sedang dipantau serta berkemungkinan menghidap penyakit rabies. 


Polis Springfield juga sedang menjalankan siasatan, namun setakat ini tiada sebarang pertuduhan jenayah difailkan. 


Painter juga telah mewujudkan tabung khas melalui GoFundMe bagi mengutip dana untuk membantu meringankan beban keluarganya menanggung kos pengebumian mangsa. 


Sumber: Daily Star

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram