Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Budak 5 tahun main basikal di depan rumah, maut dilanggar SUV

0


Seorang kanak-kanak maut dilanggar kereta ketika bermain basikal di hadapan rumahnya dalam kejadian di Kampung Tok Sani, petang Ahad, 21 Mac 2021. 


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.30 petang dan mangsa, Mohamad Aqil Aimar Ismail, 5, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ). 


Siasatan awal mendapati, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) wanita berusia 32 tahun itu terdahulu dalam perjalanan keluar untuk melawat anaknya di Madrasah Gelugor, Bagan Lalang. 


Ketika wanita berkenaan yang juga tinggal berdekatan dengan mangsa dalam perjalanan keluar dari halaman rumah dan membelok kiri, secara tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman yang kuat lalu memberhentikan kenderaannya. 


Sebaik saja keluar untuk memeriksa keadaan dia mendapati dia telah terlanggar seorang kanak-kanak lelaki yang menunggug basikal dari arah kiri jalan di hadapan halaman rumahnya. 


Wanita itu terus membawa mangsa ke HSJ untuk mendapatkan bantuan tetapi mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.05 petang kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 


Noorzainy menasihatkan golongan ibu bapa lebih peka dan mengawasi anak-anak ketika bermain terutamanya apabila mereka bermain basikal di jalan raya di hadapan rumah bagi mengelakkan kejadian yang sama tidak berulang. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram