Slider

Businessman bergelar 'Datuk Seri' diburu polis, disyaki terbabit dalam sindiket penipuan & scam


Ahli Perniagaan yang bergelar Datuk Seri sebelum ini yang dilaporkan pernah mencederakan dua anggota RELA pada empat tahun lalu, kini sedang giat dikesan polis kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengubahan wang haram dan jenayah komersil.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, yang juga pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang. 


Setakat ini, seramai 12 individu termasuk seorang lagi bergelar Datuk Seri telah ditahan dalam operasi dan serbuan yang dilakukan di Puchong.


"Sindiket ini besar dan banyak membabitkan penipuan dan scam. Suspek adalah seorang yang berpengaruh dan mempunyai banyak hubungan dengan orang kenamaan termasuk pegawai daripada agensi penguatkuasa," katanya. 


Nicky Liow dipercayai masih berada di sekitar Puchong dan polis sedang giat mengesan lelaki itu. Dua kertas siasatan berkaitan dengan Nicky Liow juga telah dibuka di Selangor di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo