Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dia sememangnya diberi kebenaran menggunakan senjata api' - Mendiang adalah detektif & diberi kebenaran memegang senjata api 24 jam

0


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan, senjata api yang digunakan seorang anggota polis berpangkat koperal dalam kejadian menembak anaknya sebelum membunuh diri, adalah diperoleh secara sah. 


Mohd Said berkata, anggota terbabit diberikan kebenaran memiliki senjata api itu untuk keperluan tugas diamanahkan dan mendiang berusia 35 tahun itu bertugas sebagai detektif. Mendiang diberi kebenaran memiliki senjata api selama tiga bulan.


Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya senjata api disorok oleh anggota berkenaan. 


"Dia sememangnya diberi kebenaran menggunakan senjata api. Memang saya beri kebenaran. 


"Pistol itu diberi kebenaran kepada setiap detektif dalam dua kategori iaitu ada diberi secara harian dan ada juga diberi tiga bulan sekali. 


"Disebabkan anggota adalah detektif, jadi kita beri kebenaran (memiliki senjata api) untuk keperluan tugas selama tiga bulan dan diberi kebenaran memegang senjata api 24 jam bersamanya demi kepentingan tugas," katanya. 


Dalam pada itu juga, Mohd Said mendedahkan punca kematian dua beranak itu adalah disebabkan kecederaan akibat tembakan di bahagian kepala. Pihaknya sehingga kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu. 


Mayat dua beranak berkenaan hanya akan diserahkan kepada keluarga setelah semuanya selesai. Dan urusan pembakaran mayat dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang, 27 Mac 2021 di Pusat Pembakaran Mayat Templer, Seremban. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram