Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Guru tadika hempas murid, dibebaskan dengan jaminan polis

0


Guru wanita yang terbabit dalam video viral, menolak dan menghempas anak muridnya baru-baru ini telah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, guru terbabit adalah guru tetap di tadika swasta berkenaan yang beralamat di Jalan Kebun, Shah Alam. 


"Polis sudah mengambil keterangan daripada wanita itu hari ini dan kini dia dibebaskan dengan jaminan polis. 


"Kita juga mendapati dia guru tetap di tadika itu dan tindakan seterusnya akan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Sabtu, 27 Mac 2021.


Guru wanita itu dipanggil untuk merakam keterangannya selepas polis menerima laporan dari ibu kepada murid yang dikasari oleh guru berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam video viral berdurasi 10 saat itu. 


Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. 


Terdahulu, guru praktikal yang membuat rakaman video tersebut bagi tujuan pelaporan rutin memaklumkan dia telah diberhentikan susulan video tersebut viral di media sosial. 


"Saya cikgu praktikal, saya yang rekod. Cikgu itu (dalam video) cikgu tetap. Saya diberhentikan, bukan cikgu itu.


"Saya rekod untuk video pembelajaran sebenarnya. Kena bagi kepada pensyarah sebab saya praktikal. Masa kejadian itu, saya tak perasan. Dah habis, baru perasan dan betul saya dibuang (diberhentikan)," katanya. 


APA MAKSUD DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS?


Menurut penjelasan Peguam Nor Zabetha, jaminan polis ini bermaksud, jaminan yang diberikan oleh pihak polis bagi memastikan kehadiran orang yang disiasat hadir memberikan kerjasama dan hadir pada tarikh pertuduhan di mahkamah. 


Proses ini memang biasa kerana siasatan masih belum selesai dan tidak dibawa lagi ke prosiding mahkamah. Pada masa yang sama, polis mempunyai bidang kuasa untuk tidak menahan reman atau tiada perintah lanjutan reman. 


Oleh itu, pihak polis membebaskan orang yang disiasat secara jamin polis. Kebiasaannya jaminan polis ini diberikan kerana kebarangkalian orang yang disiasat memberikan kerjasama sangat tinggi.


LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram