Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Ibu terkejut anaknya berusia 2 tahun tidur ditemani ular sawa

0


Seorang suri rumah terkejut melihat kehadiran seekor ular sawa yang 'menemani' anaknya berusia dua tahun sedang tidur.  


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam, Sabtu, 6 Mac 2021 di Kampung Gangsa Durian Tunggal, Nurul Fatehah Amran, 24, masuk ke bilik itu untuk menukar pakaian anaknya sebelum menyedari kehadiran ular sawa sepanjang satu meter itu berada di bahu anaknya.


"Ketika masuk ke dalam bilik, saya ternampak benda berkilat bercorak batik bergerak-gerak di bahu anak saya yang sedang nyenyak tidur. 


"Walaupun takut, tetapi saya terus mengangkatnya dan memanggil suami serta abang yang berada di rumah sebelum abang membuat panggilan kecemasan," katanya. 


Nurul Fatehah bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 9.40 malam dan mengerahkan empat anggotanya ke lokasi untuk menangkap reptilia itu. 


Sebaik saja anggotanya tiba di lokasi, mereka mendapati ular tersebut masih berada di bawah bantal. Anggota PPAD mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menangkap ular seberat enam kilogram itu sebelum dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh dari penempatan manusia. 


Sumber: Sinar Harian

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram