Slider

Kanak-kanak perempuan lemas dalam besen di rumah pengasuh


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung, Georgetown, hari ini, lapor Harian Metro. 


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, mengesahkan kejadian itu berlaku yang membabitkan mangsa dikenali sebagai Sophia Fatehah Wan Farhan Danial. 


Mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas. 


Menurut nenek mangsa, Wan, dia terus bergegas ke Pulau Pinang dari Taiping sebaik saja dimaklumkan anak lelakinya mengenai kejadian itu. 


Sophia katanya sememangnya sudah lama dijaga oleh pengasuh berkenaan dan kejadian itu mengejutkan keluarganya. 


Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang unti dibedah siasat.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo