Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kem terbakar, 5 maut & 20,000 pelarian Rohingya melarikan diri

0


Sejumlah pondok di kem pelarian etnik Rohingya di tenggara Bangladesh dilaporkan terbakar pada Isnin, menyebabkan lima orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 20,000 lagi penduduk Rohingya melarikan diri.


Difahamkan, kebakaran itu merupakan kebakaran ketiga yang berlaku dalam tempoh empat hari di kem tersebut yang mengorbankan tiga kanak-kanak dan dua wanita. 


Kebakaran bermula dari salah satu daripada 34 kem yang terletak dalam kawasan seluas kira-kira 3,237 hektar sebelum merebak ke tiga buah lagi kem menyebabkan para pelarian itu melarikan diri dan membawa apa-apa sahaja barangan dari pondok-pondok yang menjadi tempat tinggal mereka. 


Ratusan anggota bomba dan petugas penyelamat berusaha memadamkan kebakaran serta menyelamatkan pelarian, membawa mereka ke tempat selamat. Kebakaran besar itu hanya berjaya dipadamkan pada tengah malam


Penilaian awal mendapati, lebih 900 pondok untuk 7,400 pelarian itu terbakar dan ia merupakan tragedi yang paling teruk sejak 2017.



Jumaat lalu, dua kebakaran berasingan berlaku di kem itu yang memusnahkan sejumlah pondok dan punca kebakarannya pula tidak diketahui. 


Pada Januari 2021, dua kebakaran besar turut berlaku di kem yang sama membabitkan empat buah sekolah pertubuhan Dana Kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyebabkan ribuan pelarian hilang tempat tinggal.


Untuk pengetahuan, hampir sejuta penduduk minoriti Muslim itu dari Myanmar melarikan diri daripada operasi tentera bagi menentang kumpulan militan Rohingya di negara mereka pada tahun 2017, ke Bangladesh.


Sumber: AFP, Sinar Harian

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram