Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lelaki berusia 21 tahun dari Kelantan menang RM1 juta

0


Seorang lelaki berusia 21 tahun dari Kelantan memenangi cabutan istimewa BSN SSP yang membawa pulang simpanan tunai bernilai RM1 juta, demikian umum Bank Simpanan Nasional (BSN), hari ini.


BSN dalam satu kenyataan, hari ini, berkata, pemuda berkenaan yang memenangi Cabutan Istimewa BSN SSP pertama bagi 2021 adalah pemenang termuda sejak ganjaran RM1 juta diperkenalkan pada 2014.


Buat kali pertama pada tahun ini, BSN turut mengumumkan seramai 13 orang pemenang bagi Cabutan Tempatan yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Auto.


Cabutan ini diadakan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2021 serta terbuka kepada penyimpan yang mempunyai BSN SSP dengan simpanan minimum RM100.


"Saya berharap supaya rakyat Malaysia terus menyimpan bersama BSN SSP yang merupakan produk simpanan unik patuh Syariah.


"Ini kerana, selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, anda juga dapat menikmati kadar keuntungan sehingga 1.9 peratus setahun yang mana ia adalah sama dengan kadar tetap di bank lain," kata Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil dalam kenyataan itu.


Senarai para pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram