Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Mayat lelaki ditemui dalam bungkusan kain kanvas, bersama bangkai ayam hitam

0


Mayat seorang lelaki yang dibalut dengan kain putih dan kain kanvas ditemui oleh orang awam di tepi jalan di KM 57, Jalan Gerik - Kuala Kangsar, hari ini. 


Mayat itu ditemui pada jam 10.15 pagi dan orang awam menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan yang tidak dijangkakan itu. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, berdasarkan pemeriksaan pada parut suntikan di bahu kiri, mangsa dipercayai warga tempatan dan telah mati dalam tempoh kurang dari 36 jam. 


Di dalam bungkusan itu, mayat hanya memakai kemeja dan berseluar pendek, selain terdapat kesan luka di bahagian kanan kepala yang tidak diketahui puncanya. 



Polis percaya, mangsa berusia 40-an itu dibuang ke lokasi penemuan itu setelah dibunuh di kawasan lain. Turut ditemui berhampiran mayat mangsa ialah, seekor ayam hitam yang telah mati.


"Pemeriksaan di lokasi mangsa ditemui mendapati, kawatan itu jauh dari kawasan kejiran dan merupakan laluan utama yang digunakan dari Gerik ke Kuala Kangsar. 


"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dan polis akan membuat semakan terhadap laporan orang hilang bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.


Sumber: Kosmo Online

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram