Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Pakai kain batik, menyorok dalam bilik air' - Bakal pengantin dicekup berkhalwat di dalam bilik sewa di Alor Setar

0


Pasangan bakal pengantin yang dijadualkan bakal berkahwin pada hujung Mac ini dicekup berkhalwat di dalam sebuah bilik sewa di Alor Setar, Kedah. 


Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, anggotanya membuat serbuan pada jam 2 pagi, Sabtu, 6 Mac 2021 dan penghuni dalam bilik mengambil masa hampir setengah jam untuk membuka pintu. 


Setelah pintu dibuka oleh lelaki berusia 33 tahun, anggota penguatkuasa JAIK masuk setelah meminta keizinan untuk melakukan pemeriksaan dalam bilik. Pemeriksaan menemui seorang wanita berusia 23 tahun hanya berkain batik bersembunyi di dalam bilik air. 


Soal siasat yang dijalankan terhadap pasangan itu mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah atau suami isteri dan mengaku bakal berkahwin pada 27 Mac ini. 


Selain itu, JAIK turut menemui barangan kelengkapan untuk perkahwinan termasuk cenderahati, dalam bilik tersebut. 


Wanita yang berasal dari Yan itu juga pernah ditahan kerana disyaki berkhalwat di daerah Kuala Muda sebelum ini. 


Dalam serbuan berasingan di kawasan perumahan yang sama, seorang lelaki berusia 20 tahun turut dicekup bersekedudukan dengan dua wanita berusia 22 dan 20 tahun dalam sebuah bilik yang disewa dengan harga RM300 sebulan.


Duda berasa dari Sungai Petani itu bekerja di sebuah kedai nasi kandar, manakala dua wanita itu berasal dari Kelantan dan Alor Setar. Salah seorang bekerja di salun dan seorang lagi menganggur serta kedua-duanya masih bujang. 


Kesemua mereka ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram