Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Saya dapat rasakan anak menahan kesakitan, bibirnya gelap...' - Budak 3 tahun maut, 4 jam tertinggal dalam kereta pengetua tadika

0


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan meninggal dunia setelah ditingalkan selama empat jam di dalam kereta pengetua tadika di Taman Ria, yang diamanahkan oleh ibu mangsa untuk membawa anaknya ke tadika. 


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Selasa, 16 Mac 2021. 


Difahamkan, anak kedua daripada dua beradik itu sudah hampir setahun dihantar ke tadika itu untuk dijaga pengasuh. Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mangsa akan diambil oleh pengetua tadika berusia 49 tahun itu dari rumah ibu bapanya ke tadika bermula Ahad sehingga Khamis. 


Selepas PKP, pengetua wanita akan mengambil dan menghantar mangsa pada Selasa dan Rabu, manakala pada hari lain mangsa dihantar oleh ibunya sendiri. 


Dalam kejadian jam 7.45 pagi Selasa, 16 Mac 2021, mangsa diambil oleh pengetua berkenaan di rumahnya. Mangsa yang dalam keadaan sihat, duduk di tempat duduk belakang. 


Pengetua berkenaan kemudian mengambil seorang lagi pelajar lain berusia lima tahun dan diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan. Sebaik saja tiba di hadapan tadika, pelajar di bahagian depan diambil oleh guru lain dan pengetua berkenaan terus meletakkan keretanya di kawasan luar berhampiran premisnya. 


Siasatan mendapati, mangsa berada di dalam kereta yang pintu serta cerminnya ditutup, tanpa sebarang ruang pengudaraan dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari. 


Ketiadaan mangsa hanya disedari oleh pengetua terbabit ketika mahu menghantar mangsa pulang ke rumah, tetapi mendapati mangsa tidak berada di dalam premisnya. 


Guru kelas kemudian memaklumkan kepadanya yang mangsa tidak hadir pada hari itu menyebabkan pengetua itu terus bergegas menuju ke arah keretanya dan mendapati mangsa sudah terbaring tidak sedarkan diri. 


Pengetua itu terus menghubungi ambulans dan melakukan CPR terhadap mangsa, tetapi tiada sebarang respon dari mangsa. 


Mangsa dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebaik saja tiba di hospital. Pemeriksaan juga tidak menemui kecederaan pada mangsa. 


Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat. Pengetua tadika itu direman selama tiga hari untuk disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Turut dirampas, anak kunci dan kereta untuk tindakan lanjut. 


Sementara itu ibu mangsa, Nor Azira Abdul Halim, 36, reda dengan pemergian anaknya dan beranggapan mungkin pengetua tadika itu tidak sedar yang anaknya masih berada di tempat duduk belakang. 


"Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap. Namun saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami buat seketika," katanya. 


Ketika kejadian itu berlaku, Nor Azira sedang bertugas di bangunan Komtar, Pulau Pinang dan terus bergegas pulang setelah dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak bongsunya. 


Pada awalnya Nor Azira menyangka anaknya mengalami kemalangan jalan raya berikutan tadika itu terletak berhampiran dengan jalan raya. Tetapi guru yang menghubunginya menangis memberitahu anaknya tidak sedarkan diri. 


Nor Azira sempat menghubungi suaminya, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di kem Sungai Petani. 


"Sepanjang perjalanan pulang, saya tak berhenti berdoa supaya anak selamat dan mungkin hanya mengalami kecederaan. Cuma saya tak tahu anak saya meninggal waktu bila, sebab dia berada dalam kereta itu sejak 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari," katanya.


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram