Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Selepas sejam, tukang urut mula buat hal tak senonoh...' - Wanita jadi mangsa seks tukang urut lelaki di pusat refleksologi

0


Hasrat seorang wanita berusia 29 tahun mendapatkan khidmat urutan di sebuah pusat refleksologi bertukar menjadi tragedi apabila dia menjadi mangsa seks tukang urut terbabit. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada Ahad, 14 Mac 2021 di sebuah pusat refleksologi di Pandan Indah, jam 4.30 petang. 


Difahamkan, mangsa datang ke premis itu untuk mendapatkan khidmat urut tetapi tidak dimaklumkan yang kakitangan yang akan mengurutnya adalah tukang urut lelaki. 


Pada awalnya, tiada sebarang kejadian aneh berlaku. Tetapi selepas sejam kemudian, suspek dikatakan mula melakukan perbuatan yang tidak senonoh menyebabkan mangsa terkejut dan cuba meminta bantuan. 


Suspek terus menutup mulut mangsa dan meminta mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa. Mangsa ketakutan terus keluar dari premis itu dan menuju ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan kerana bimbang dengan keselamatan dirinya. 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan bertindak di atas laporan itu, suspek telah direman sehingga 19 Mac 2021 untuk siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram